salam..hari neh 12 rabiulawal..hari keputeraan junjungan besar..Nabi Muhammad s.a.w..selawat dan salam ke atas baginda..kekasih Allah..untuk bercakap tentang Maulidur rasul neh..aku bukanlah org yg layak utk memperkatakan tentangnya..dengan ilmu yang cetek ini..tak mampu ku huraikan betapa tinggi darjat baginda..Muhammad Ya Rasulullah..
cuma aku tertarik dengan sedikit kata 2 yang aku dapat mase blog walking di sini...antara kata2nya..
cerita sahabat-sahabat rasulullah...
aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw...
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
sebenarnya banyak lagi gambaran keindahan kekasih Allah ini...Subhanallah..betapa hebatnya kekasih Allah..berbanggalah kepada umat yg terdahulu menemui baginda..
dan sebagai wanita..tentunya lelaki seperti rasulullah adalah impian untuk setiap wanita..suami seperti rasulullah..adalah suami idaman mereka..lelaki sehebat baginda ialah dambaan semua wanita..untuk menjadi imam dalam solatnya..imam kepada diri dan anak2..menjadi penenang saat diri dilanda kekalutan dan pelbagai soalan dunia..menjadi teman untuk berjuang sekaligus menjadi sabahat yang akan mengeur kesilapan saat diri khilaffff!!!!
namun..untuk menerima lelaki sehebat rasulullah..adakah diri ku ini sehebat saidatina khadijah yang sanggup berkorban apa sahaja utk suami tercinta...adakah aku sanggup memperuntukkan seluruh kehidupanku untuk mempertahankannya..berada di samping nya saat senang dan derita..adakah aku sanggup menghabiskan semua material yg aku ada untuk menyokongnya??????
sesungguhnya...lelaki sehebat rasulullah..adalah untuk wanita yang tinggi darjatnya seperti saidatina khadijah...wallahualam..
psss: kurniakanlah Ya Allah..seorang lelaki..penyejuk di mata..penawar di hati..di dunia dialah penyeri..di syurga menanti..dia yang setia ku nanti...=)
No comments:
Post a Comment