Wednesday, October 6, 2010

MESEJ KEPADA PENANDA BM JJO41

salam...
ALHAMDULILLAH...
hati sedikit rasa berbunga..walaupun masih lagi gusar...
sememangnya..kertas BM1 dan BM 2 PMR 2010 sudah berlalu...
tapi..
perjuangan masih belum selesai...


mohon kepada penanda kertas BM 1 dan BM 2 Pusat JJ041..
lapangkanlah dada anda untuk menyemak kertas anak2 murid saya..
mohon lembutkanlah hati anda untuk membaca skrip jawapan mereka sebaik mungkin..
dan memberi penilaian yang terbaik utk mereka..
mereka telah berusaha sebaik mungkin...untuk peperiksaan ini..
berikanlah mereka sebaik2 kesudahan..
<bisik hati kecil saya>

saat melihat kertas peperiksaan semalam...
hati sedikit berbunga riang....
meh tgk soalan itu...


Kertas Bahasa Melayu 02/1:

Soalan 1 - 30 : soalan tatabahasa
Soalan 31 - 35 : petikan Komsas - Drama Adik Berjasa, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3
Soalan 36 - 40 : petikan puisi tradisional - Pantun Nasib, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan3

Kertas Bahasa Melayu 02/2:

Bahagian A (i): Ringkasan - Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. 
Bahagian A (ii): Tiga soalan pemahaman

Bahagian B : Karangan bahan rangsangan - Kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal.
<bahan rangsangannya ialah peta minda....isi sudah diberikan....soalan mirip soalan percubaan PMR Kulai 2010...>

Bahagian C: Karangan respons terbuka

1. Anda telah menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di tempat tinggal anda. Ceritakan acara-acara yang dipersembahkan dalam persembahan kebudayaan tersebut.

2. Ibu bapa merupakan insan yang disayangi. Jelaskan perkara-perkara yang patut anda lakukan sebagai bukti bahawa anda menyayangi mereka. <hmmm..soalan ni kalo xleh jawab..saje je lah...>


3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tajuk syarahan anda ialah 'Muafakat Membawa Berkat'. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

4. Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. <soalan ini saya baru saja buat dengan anak2 3A dan 3C...MASIH SEGAR DALAM INGATAN SAYA...tapi xtaulah segar ke tak di ingatan mereka...haha>

5. Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik. Tulis pendapat anda tentang cerpen tersebut.<haha...soalan ini lagi best...ape2 saje cerpen..>

Bahagian D: Berdasarkan satu daripada novel yang disenaraikan, nyatakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai yang ditetapkan bagi setiap novel tersebut:

Novel: Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin - Nilai kegigihan.
Novel: Panas Salju, karya Talib Samad - Nilai kasih sayang
Novel: Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah - Nilai kegigihan
Novel: Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh - Nilai kegigihan
<haish..yang ini pula...siap buat peta minda lagi dan dibentangkan dalam kelas lagi.....hmmmm..


sesunguhya..soalan PMR BM PMR 2010.
.benar2 memihak kepada mereka..teruskanlah  perjuangn sayang..
segalanya masih belum berakhir...



No comments:

CINTA HATI SAYA

CINTA HATI SAYA
CINTA HATI

RAKAN MAYA YANG SUDI

seri pinang di hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

segalanya bermula

Daisypath Anniversary tickers