Monday, October 4, 2010

CERITERA KOTA TEE GA ANGGUN

       Kota Tee Ga Anggun merupakan kota besar yang bertapak di Seri Pinang yang ditakluk oleh Cik Masrini  suatu masa dahulu. Ketika itu Princess Chubby atau nama sebenarnya Aimie iaitu puteri kepada King Umeer teleh diculik. Hal ini menyebabkan King Umeer jatuh sakit. Rakyat jelata telah sebulat suara memilih 19 orang wirawan yang bermasalah dan menggesa mereka menyelamatkan Princess Chubby. Seorang Ahli Nujum Negara yang bernama Saffa menyatakan bahawa Princess Chubby dikurung  di dalam gua yang diberi nama 'Gua Mau Wang'.
        Barisan wirawan ini terdiri daripada Hannan budak alim yang rajin ke surau, Akmal  dan Syahmi budak jiwang karat, Azami, Din dan Rizal yang pandai menari terutama tarian zapin, Kamarul dan Yuzzaief yang rabun, Alan dan Syafik yang gagah perkasa, Haziq dan Mubin yang suka menyanyi, Zaid yang bermulut murai, Hanid yang obses dengan sejarah negara, Roslaily dan Arep yang suka berhujah, Farid yang kuat mengigau dan akhir sekali Naufal mamat kalkulator.

     Wirawan lambat tiiba di gua tersebut kerana Kamarul dan Yuzzaieff  tersilap  membaca peta. Di hadapan gua tersebut wirawan perlu menjawab soalan daripada penjaga pintu utama, Najiha untuk masuk secara percuma. Soalannya ialah "apakah jawapan bagi punca kuasa 225?" Dengan menggunakan kalkulatornya, Naufal berjaya mendapat jawapan, 15 dan mereka dibenarkan masuk ke dalam gua tersebut. Wirawan tersebut perlu menghadapi beberapa buah pintu untuk sampai ke tempat Princess Chubby dikurung.



        Ketika wirawan meneruskan perjalanan, mereka tiba dihalangan pertama. Mereka perlu menghadapi penjaga yang cergas iaitu Aisyah. Roslaily dan Arep berhujah panjang sehingga Aisyah tertidur dan mereka berjaya membuka halangan tersebut. Kemudian, mereka tiba di halangan yang kedua. Mereka perlu berlawan dengan penjaga pintu tersebut yang bernama Shazreena. Penjaga pintu tersebut menjerit sekuat- kuatnya sehingga gua tersebut bergegar. Zaid yang banyak mulut berlawan dengan penjaga pintu itu dan akhirnya wirawan tersebut berjaya.

     Seterusnya, mereka tiba di halangan ketiga. Penjaga pintu tersebut iaitu Raha dan Shida mencabar wirawan berlawan tarik tali dengan mereka.  Disebabkan antara wirawan tersebut hanya Syafik dan Alan yang gagah perkasa, penjaga tersebut beradu tenaga dengan Syafik dan Alan. Akhirnya, wirawan memperoleh kemenangan. Mereka meneruskan perjalanan dan  tiba di halangan seterusnya.

       Wirawan tersebut tiba di sebuah pintu yang kelihatan agak moden. Terdapat dua buah 'speaker' terletak berdekatan dengan pintu tersebut. Wirawan tersebut dikehendaki berlawan karaoke dengan penjaga pintu tersebut yang digelar Ratu Karaoke iaitu Hanim. Hanim menyanyikan lagu Madah Berhelah by Ziana Zain. Disebabkan Mubin dan Haziq yang pakar dalam hal ini mereka tampil dan menyanyikan lagu Di Pohon Cemara dan Bayangan Gurauan. Akhirnya mereka berjaya melepasi halangan tersebut.



     Seterusnya,mereka tiba di pintu yang mempunyai gambar mata. Penjaga pintu tersebut iaitu Rahimah menghinopsis wirawan sehingga mereka tertidur. Disebabkan Farid seorang yang kuat mengigau, tanpa disedari, Farid telah berjaya membuka pintu tersebut. Setelah semua wirawan sedar, mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga tiba di pintu yang dijaga oleh beberapa orang penjaga iaitu Laily, Eja, dan Ira. Mereka mempersembahkan tarian inang lalu mencabar wirawan untuk mempersembahkan tarian zapin. Azami, din dan Rizal mempersembahkan tarian zapin tenglu dengan rancak. Akhirnya, penjaga pintu tersebut tewas lalu membenarkan wirawan meneruskan perjalanan.


Wirawan tersebut tiba di halangan seterusnya. Pintu ini dijaga oleh  penjaga yang agak kasar dan ganas iaitu Sue. Sue melayan mereka dengan kasar. Lalu Akmal dan Syahmi muncul selaku pemuda jiwang meluahkan kata-kata menyentuh kalbu. Sue yang tadinya ganas dan kasar cair dengan serta merta dan membenarkan  wirawan tersebut pergi. Wirawan tersebut meneruskan perjalanan dan tiba di pintu yang dijaga oleh Nora atau nama glamornya, Oren dan Aida yang agak pakar dalam subjek sejarah. Mereka memberi 1 soalan kepada wirawan tersebut. Soalannya ialah "sebutkan salah satu propaganda Jepun untuk mempengaruhi penduduk di tanah melayu". Dengan selamba, Anid yang begitu obses dalam sejarah negara menjawab "asia untuk asia". Wirawan telah berjaya mengalahkan mereka dan pergi meneruskan perjalanan.

    Wirawan tersebut telah tiba di pintu terakhir yang telah disihir oleh seorang ahli sihir iaitu Ila. Ila telah mencabar wirawan tersebut untuk merungkai sihir itu lalu, Hannan selaku budak paling alim telah menyahut cabaran itu. Hannan telah melaungkan azan dan berjaya merungkai sihir tersebut dan wirawan dapat menyelamatkan Princess Chubby. Setelah pulang ke istana, King Umeer telah menganugerahkan Pingat keberanian kepada 19 wirawan tersebut kerana telah berjaya menyelamatkan Princess Chubby. Kini King Umeer dan Princess Chubby hidup aman damai buat selama-lamanya. Wirawan tersebut telah menjalankan tugas mereka seperti sediakala di Kota Tee Ga Anggun yang ditakluk oleh Cik Masrini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

terima kasih kepada Radziah dan Saffa..yang telah menyumbang idea untuk cerita ini..

No comments:

CINTA HATI SAYA

CINTA HATI SAYA
CINTA HATI

RAKAN MAYA YANG SUDI

seri pinang di hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

segalanya bermula

Daisypath Anniversary tickers