Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk.
Bila kita rasa nak menangis,
kita kalau boleh mahukan crying shoulder.
Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam pe...nuh.
Allah ada.
Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian.
Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya.
Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.
Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik,
tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.
Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.
Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.
Maka belajarlah memujuk diri sendiri.
Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.
No comments:
Post a Comment