Saturday, October 23, 2010

PAGI YANG INDAH

salam..
hari ni..menulis blog pada pagi sabtu yang indah..


alangkah seronoknya berada di rumah comel saya...
lebih best dr dok Good Hope Hotel..hihi..
(ada yang terasa kah????)
pagi neh..seperti biasa bangun jam 5..kemas rumah..basuh baju...lipat kain yang dah seminggu tak bersentuh..
sangat seronok rupenya buat kerja semua neh..
xpayah g joging..pun dah berpeluh2..fuh2..!
dan sudah tentu lebih seronok nak mengupdate fail panitia 
ataupun menaip segala jenis report yang ntah ape2 ntah...


so..pagi neh...
bersarapan dengan..

segelas nescafe..

dan kuih2 pelbagai jenis...
tibe2 je rasa nak makan macam2 kuih..

sambil meneliti metro online..
hati rasa terpaut dengan satu artikel..

PASANGAN TUNANG TERMUDA DI DUNIA...

meh baca sket...

DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.
Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.
“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.

“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.
Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.
“Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti,” tutur Juma.

Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”
“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi. - Agensi
sumber: Metro Online 23 Oktober 2010

 betapa hebatnya kuasa cinta kan..
kalaulah anak kecil ini pun tahu erti cinta..
inikan pula saya yang dah dewasa tua..
hihi..
Ya Allah..Kau permudahkanlah segalanya...

No comments:

CINTA HATI SAYA

CINTA HATI SAYA
CINTA HATI

RAKAN MAYA YANG SUDI

seri pinang di hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

segalanya bermula

Daisypath Anniversary tickers