Saturday, December 25, 2010

PMR: KRONOLOGI DEBARAN SEORANG INSAN BERGELAR"CIKGU"

22 Disember
7.30 malam
hati dah mula rasa berdebar2..kurang lagi beberapa jam tanggal 23 Disember yang dinanti akan menjelma
usai solat maghrib..sujud lama padaNya..mohon dimudahkan tok hari esok..mohon kesudahan yang baik tok sy dan anak2..Alhamdulillah..sedikit tenang..

8.30 malam
line telefon mula hot dengan pelbagai pertanyaan tentang PMR..nak dtg pukul bape???pakai bj ape???tlg amikkan result saya cikgu..doakan saya cikgu..sy hanya menjawab..tawakal dan redha dengan apa yg ditentukan nanti..apabila online fb..anak2 mula menyatakan debar hati msg2 dlm status terkini
ketahuilah anakanda tersayang!!!sy juga turut rasa debar yang sama..

10.00 malam
selepas solat Isyak..dan menghadiahkan yassin utk mereka (anak2 sy yg tersayang)..mata mula mengantuk...pas gosok gg dan minum susu..mula bercita2 utk tdo..

11.00 malam
nampaknya mata berat sgt tok tdo..walaupun dah gelap hitam kat bawah mata..pedih..tp bila baring..mata xleh lelap..

2.00 pagi
baru boleh melelapkan mata..tu pun setelah minum segelas milo suam..sesungguhnya penantian itu amat menyiksakan...

23 Disember
6.00 pagi
solat subuh..dan wat sekian kalinya..sujud lagi..mohon dipermudahkan perjalanan hari ini..sesungguhnya hanya Dia yg mendengar keluh kesah hati sy..mata sangat pedih..almaklumlah..tdo dalam keadaan tak berapa tenang..

8.00 pagi
bersiap ke Seri Pinang..menguruskan segala yang berkaitan dengan kelas tambahan..menguruskan tempat mengambil keputusan bersama guru2 lain..dan sementara itu menanti dan terus menanti keputusan dari mem!..

11.00 pagi
Pn Rahmah tiba..keputusan diumumkan..
Alhamdulillahirabbil Alamin..Maha Suci Allah yang merancang sebaik2 perjalanan hidup..Siapa usaha..dia dapat..tahniah anak2 3 Anggun dan 3 Cemerlang yang sanggup meluluskan subjek BM masing2..yg sanggup mengerah minda anda untuk mengarang karangan dan membuat yg terbaik tok diri anda sendiri..

tahniah untuk anakanda berdua..
Mohd Naufal afif dan juga shidah..
Best student..the straight A's holder..congrate!

12.00 tengahari
terus melayan anak2 yg nak amik result..menerima ucapan terima kasih dan big hug dr putra putri saya..tiada apa yang lebih membahagiakan seorang guru..hanya melihat kejayaan anak2 didiknya..menangis dalam hati..tanda gembira..

1.00 tengahari..
berpeluang melihat result keseluruhan..77 orang mendapat gred A untuk subjek BM..satu kepuasan untuk semua cikgu BM PMR..melepas sasaran ETR thn ni..dan pastinya..KP BM akan senyum lebar..hihi...maka dengan ini..bertambahlah tanggungjawab untuk mengekalkan prestasi..mohon dipermudahkan segalanya Ya Allah..

1.30 tengahari
pulang ke rumah comel..dan sujud syukur padaNya..


PS:  anakanda..cuba renung kembali pesan saya di sini..jadikanlah pedoman untuk anda terus menempuh kehidupan..selamat ya!!!

1 comment:

syira aka sepatu hijau said...

salam...

melihat kejayaan anak-anak adalah terbesar buat ibu bapa :)

CINTA HATI SAYA

CINTA HATI SAYA
CINTA HATI

RAKAN MAYA YANG SUDI

seri pinang di hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

segalanya bermula

Daisypath Anniversary tickers