SALAM.....
hari ni.nak komen sket pasal website neh...
http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.php?name=News&file=article&sid=4373
sekaligus nak memotivasi seorang sahabat.
hiks!bile mase dah tukar profesion neh..
ape2 jelah..ni blog saye..saye berhak cakap pape je..
Antara isinye...
<hihi..bagaimana nak mencari kekuatan untuk meluahkan semuanye..sedangkan menatap matanya pun tak mampu!>
Mengapa harus meyimpan perasaan?
Kebanyakan orang suka menyimpan perasaan apabila berhadapan dengan orang yang sangat diminatinya. Dia akan menjadi pendiam dan berkelakuan lain dari biasa bila si dia yang disukai lalu di depan mata. Tetapi pelik, dengan orang lain, dia boleh membebel dan ketawa girang pula! Kenapa harus menyimpan perasaan? Kenapa tidak diluahkan? Kerana kamu takut bukan? Kamu takut dia tak menyambut cintamu, lalu dia yang selama ini menjadi sahabatmu akan menjauh darimu. Kamu takut dia membenci dirimu, lalu persahabatan kamu menjadi dingin.
<haih...antara nilai sebuah persahabatan dengan perasaan itu, .persahabatan yang lagi penting...sebab..xnak kehilangan sahabat yang susah senang bersama...tapi..Si Dia pun penting gak.... sangat kompius...!!!!!!!!!>
Jadi, berapa ramaikah antara kamu yang berani menyatakan hasrat cinta itu pada orang yang diminatinya? Kesian sungguh, lama sungguh kamu menyimpan perasaan dan akhirnya, si dia telah menjadi hak orang lain, orang lain yang lebih berani dari dirimu. Kemudian kamu akan menyesal, menangis sepuas-puasnya… definasi lawak yang sesuai untuk kamu ialah ‘frust badak’ hahahah ( sehingga ketawa kamu pun seperti tak siuman).
<ceh.badak pun frust gak ke?hihi...urwm menangis mungkin yer lah kan...tapi..untuk menyesal..saya asa tidak le kot..sebab saye percaye yang berada di atas itu berhak menentukan segala yang terbaik tok kita>
Kamu takut risiko?
Semua perkara pun harus mempunyai risiko. Mana ada benda yang senang di dunia ini, sedangkan makan pun perlu angkat sudu dan garpu. Kamu takut ditolak mentah-mentah, kamu takut dipandang lain, paling teruk kamu takut dimarahi, dibenci dan dihina. Itulah kamu!!! Takut sangat untuk berhadapan dengan risiko begini, lebih-lebih lagi bila kamu merasakan orang yang kamu minati itu seperti tidak sepadan denganmu. Maklumlah si dia itu kan cantik dan handsome. Balak atau awek dia keliling pinggang, sedang kamu tidaklah secantik mana, tidak sekacak mana. Dalam bidang kerjaya pula, dia lebih berpendidikan, mempunyai pekerjaan yang baik. Lalu tidak ada keberanian untuk meluahkan apa-apa yang terbuku dihati?
Jadi pada suatu hari, tup tup kamu nampak si dia keluar dengan orang lain. Alamak, bf/gf langsung tak lawa/handsome!! Kamu otomatik memandang cermin dan membanding-bandingkan dirimu dengan orang itu. Wahhh!! Rupa-rupanya kamu lebih cantik, lebih handsome. Menyesalnya kamu!! Tapi sudah terlambat bukan? Wajah kamu terus sugul, kamu tak makan berhari-hari, kes frust menonggeng, bila kawan-kawan kamu tanya, kamu jawab “putus cinta”… jawapan yang sungguh standard. Tanya diri sendiri, pernahkah kamu bercinta??
<hihi..yang ni lom ada pengalaman lagi>
Kemudian…
Peluang datang kali kedua, si dia sudah putus dengan teman istimewanya. Soalnya sekarang, mahukah kamu melepaskan peluang kali kedua ini?
<persoalan ini saye dedicate tok seorang sahabat..
pk lah sewajarnye.>
No comments:
Post a Comment